Tak tahu sudah berapa kali saya putus asa.
Berapa kali fikir untuk mati.
Tetapi, tiada apa yang berlaku.
Ia ulang, ulang, ulang perkara yang sama.
Kalaulah, kalaulah saya boleh mula dari kosong-sekosongnya.
Tanpa kenalan, tanpa kawan dan tanpa sesiapa yang mengenali diri ku.
Yang menjadi masalah bukanlah apa yang orang lain fikirkan tentang diri kamu Danial, tetapi apa yang kamu fikirkan tentang diri kamu sendiri adalah lebih utama lagi penting.
Ingat Danial. Jangan sesekali menghina diri kita sendiri. Puji dan percaya kepada diri sendiri.
Kalau kamu tidak percaya pada diri sendiri, maka siapa yang nak percaya pada kamu Danial?
Allah itu sentiasa ada.
Ia wujud. Kekal abadi.
Masalahnya, kamu tidak sedar akan keberkatan yang sedang berlaku di SAAT ini.
Di KETIKA ini adalah nikmat!
Hiduplah, hiduplah wahai Danial yang hebat. Kamu lebih hebat dari apa yang kamu fikirkan.
Bukan potensi diri kamu seluas-luasnya!
Percayalah, percayalah yang kamu boleh. Kamu boleh buat.
Saya tahu, kamu sebenarnya tak suka masuk Fb sebab malu.
Masalah yang paling utama ialah kamu tidak mengjaga hubungan dengan Allah sebaik-baiknya.
Jaga hati Allah, nescaya Allah jaga hati kita.
Itulah yang paling utama lagi diutamakan.
Kita buat dengan ikhlas, maka Allah ikhlaskan apa yang kita buat.
"The more you give, the more get."
Maaflah diri kamu wahai Danial yang mulia.
Kamu layak dimaafkan, kamu layak buat silap.
Oleh kerana manusia itu sentiasa buat silap. Oleh kerana, manusia itu sendiri tidak sempurna.
Sebab kita dijadikan begitu. Maaflah apa yang lepas. Maaflah apa yang berlaku.
Kamu boleh mulakan sedikit demi sedikit.
Percaya, percaya dan percaya pada diri sendiri.
Saya sayang kamu Danial. Saya sayang sepuas-puasnya pada kamu.
Oleh itu, jadi diri kamu sendiri.
Luahkan diri kamu yang sebenar-benarnya pada dunia. Tidak perlu bertopeng. Ia tidak mengapa. Tidak perlu malu, tidak perlu banyak sangat fikir.
Yang penting, kamu bahagia. Kerana selagi kamu tidak bahagia selagi itulah orang di sekeliking kamu tidak bahagia.
"Law of attraction."
.
Berilah kebahagian pada diri kamu sendiri dahulu, wahai Danial.
Jika itu sesuatu yang kamu betul-betul mahu, maka buat!
Maka terimalah.
Lebih baik kamu buat apa yang kamu nak dan tahu apa yang berlaku selepas itu.
Daripada tidak buat apa yang kamu nak dan tahu kamu langsung tak dapat apa yang kamu nak.
Have fun.