Apakah Keinginan Anda yang Sebenar-Benarnya?

Posted On //

Kita hidup. Dan hidup. Tetapi, andai tiada perasan yang wujud, bagaimana kita mahu merasa kejayaan yang akan kita peroleh nanti?

Apa gunanya menjadi kaya-raya serta banyak wang tetapi semuanya tidak bermakna selagi tidak menemui cinta atau sokongan dari belakang yang sejati.

Apabila sesampai satu tahap, manusia sudah bersedia untuk bercinta dengan sepenuh ikhlas dari hati ke hati.

End-result yang mahu diperoleh dalam setiap insan adalah kasih mengasihani.

Sayang menyayangi.

Ramai yang tidak sedar, itulah kunci kejayaan yang membuatkan seseorang itu kaya semakin kaya. Emosi sebenarnya sangat memainkan peranan untuk menentukan sama ada seseorang itu kaya atau miskin.

Apabila dalam hatinya penuh dengan perasaan positif, nescaya tubuh badannya sihat sentiasa dan bersemangat untuk hidup dengan penuh ceria.

Hati itu penting. Maka, jagalah ia dengan sebaik mungkin. Apa yang kita dengar sangat penting kerana kuasa getaran membetuk siapa kita pada hari ini.

Apa yang diucapkan oleh orang-orang yang berautoriti seperti ibu atau bapa kita dapat membentuk kita jadi siapa kita sekarang.

Oleh sebab itu, kita sangat ditekankan untuk berucap perkara-perkara positif setiap masa. Sebarkan berita gembira. Yang keruh dibuang jauh-jauh.

Namun, andai berita negatif itu penting, maka beri tahulah dengan hati yang terbuka.

Ucapkan apa yang patut.

Keinginan Diri Ku yang Sejati Ialah...

CINTA.

Saya berani kata, cinta dapat membuatkan saya jadi jutawan segera. Saya berani jamin cinta dapat mengubahkan diri saya dari biasa-biasa ke luar biasa hebat, kaya, berjaya dan bahagia.

Kerana cinta hidup saya dapat berubah dengan sepenuhnya. Sesampaikan orang hairan apa yang berlaku terhadap diri ku.

Semangnya, cinta tidak dapat dijual beli. Tidak dapat hanya berdoa. Kita perlu berusaha dengan sewajarnya, nescaya dapat apa yang kita nak.

Usaha, ertinya buat kerja.

Bukan setiap kerja kita suka lakukan. Bukan setiap perkara yang dapat memuaskan hati kita. Yang penting, jagalah perasaan dengan baik.

Bagaimana? Bagaimana? Bagaimana?

Berkawan dengan orang yang bahagia.

Berbual-bual dengan orang bahagia.

Sering kali mengikuti program ilmu.

Penutup

Demi Allah, sesugguhnya cinta adalah nikmat yang sangat manis. Kemanisannya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Cinta adalah satu nikmat yang bernilai.

Andai sudah menemuinya. Jagalah ia dengan sebaik mungkin. Syukur, syukur dan syukur.

Tampal kata-kata keramat yang dapat meningkat rasa cinta antara satu sama lain: Saya sayang awak. Sayang awak. Sayang sayang awak.

Aku sudah tersesat. Rakan-rakan ku sudah pecah.

Semuanya mengikuti haluan masing-masing. Hanya diri sendiri dapat mengubah diri sendiri.

Apabila kita mula mengambail 100% tanggungjawab ke atas hidup ini.

Nescaya dunia lebih aman dan makmur.

Hidup bahagia.
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan