Sebab Melampui Sebab
Kenapa Taj Mahal wujud?
Jawapannya adalah kerana cinta si suami terhadap isterinya.
Apabila kita mempunai 'reason' yang kuat, maka tiada apa yang mustahil. Adakah orang yang tiada 'reason' yang kuat tidak layak lakukan perkara-perkara mustahil?
Jawapannya tidak.
Jadi, mempunyai sebab yang kuat atau tidak adalah sama.
Pokoknya, niat kita yang menentukan hidup kita pada masa akan datang.
Sikap adalah kunci segala-gala kekayaan. Andai sikap kita memang degil untuk berjaya, itulah kita dapat. Bukan semua orang mampu berada dalam zon yang tinggi kerna tinggi-tinggi jatuh memang parah.
Namun, bukan itu juga yang kita mengharap. Sebenarnya, ramai jutawan yang hebat-hebat belaka di sekeliling kita. Hanya tahu atau tidak sahaja.
Yang menariknya, golongan jutawan senyap tidak sombong dan seorang yang pemurah berkongsi ilmu. Mereka adalah golongan yang mulia. Tinggi ilmu kewangannya pemurah untuk mendidik anak bangsanya agar makmur di kala masa hadapan.
Apa yang kita mahu dalam END-RESULT ialah kebahagiaan yang sejati.
Itulah sebab melampui sebab yang sebenar.
Rumah yang cantik lagi selesa, kereta yang laju lagi canggih dan jam tangan yang tahan lasak adalah kesan yang awal sahaja.
Sebab kita mendapat kesan tersebut tersirat satu sebab kuat yang menzahirkan kesan tersebut.
Sebab itulah yang menentukan sama ada kita kaya atau miskin. Andai tiada sebab sebenarnya tiada erti untuk kita hidup lagi.
Cinta adalah perkara yang paling bernilai. Andai sekali kamu sudah mendapatkannya. Jagalah ia dengan baik. Kerana peluang keemasaan agak sukar untuk berulang.
Sejujurnya, cinta yang sejati adalah mudah dan senang untuk dicari. Asalkan niat di hati murni lantas segala-galanya yang dipinta pantas diperoleh.
Saya sayang awak.
Saya sayang awak.
Saya sayang awak sepenuh jiwa dan raga. Andai ku dapat meluahkan kepada wanita idaman ku, nescaya aku bahagia tidak terkira.
Walau apapun ingatlah: Peluang keemasan ada di mana-mana sahaja, tidak kira masa asalkan kita nampak maka ambillah peluang tersebut.
Akhirnya... diriku sudah memperoleh cinta sejati.