Niat adalah Realiti

Posted On //

Kenapa setiap kali kita berniat untuk melakukan sesuatu pasti menjadi kenyataan.

Tidak kiralah sama ada ia perkara baik atau jahat. Asalkan kita mula terniat ia mula jadi kenyataan.

Andai niatnya baik, tidak mengapa. Tetapi, bagaimana pula untuk orang yang suka berniat jahat?

Ia akan menjadi satu masalah yang benar-benar serius dalam hidupnya. Seringkali keluar dari rumah mulalah berniat jahat sedikit. Niatnya hanya nak tengok tajuk cerita maksiat.

Akhirnya... Terkandas melakukan maksiat dengan menzalimi diri sendiri.

Di manakah pertimbangan kamu? Kenapa ia boleh jadi begini. Mesti ada sebabnya yang kukuh.

Ia adalah kerana kamu selalu diprogramkan dengan perkara-perkara negatif.

Fikir balik:

Apa yang kita lihat setiap hari. Seeing is believing.

Apa yang kita dengar setiap hari. Vibration.

Apa yang kita alami setiap hari. Experience.

Salah satu sebab kita berubah daripada baik kepada jahat atau jahat kepada baik adalah kerana contoh terkedekat.

Dalam satu buku yang saya baca, 5 orang yang paling hampir dengan kita. 5 orang ini yang kita selalu sembang, dengar mereka sembang, hormat dan ikut.

Anak kecil tidak akan menjadi gedik sekiranya maknya tidak gedik. Begitulah lumrah kehidupan.

Ramai yang terkandas dengan mengikut contoh teladan yang sangat-sangat salah. Lantas, menyebabkan nasib dirinya malang bertimpa-timpa.

Bagaimana untuk mengatasinya?

Adakah dengan menjauhi 5 orang tersebut?

Jawapannya, ada dalam diri sendiri iaitu....

Diri Sendiri

Hanya diri sendiri yang mampu mengubah diri sendiri. Tidak ada orang boleh melakukan senaman untuk kita melainkan diri kita sendiri. Sekiranya hati dan fikiran kita kuat.

Guna ilmu ini sebaik mungkin:

Andai diri mula terniat jahat, dalam hati mula kata: Ia semakin jauh, ia semakin jauh, ia semakin jauh sejauhnya.


Nescaya tiada apa yang dapat menghalang kita.

Allah suka menguji hambaNya yang beriman kepadaNya untuk melihat sejauh mana keimananNya. Dalam bahasa moden: Saja nak test.

Allah bagi ujian kepada kita sebab DIA sayang kita.

Taubatlah sebelum terlambat.

Ikutilah jalan yang diredhai oleh sebelum semuanya tamat.

Hanya diri sendiri.

Diri sendiri.
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan