Ini yang Saya Mahu Selama Ini

Posted On //

Hanya berdiam lebih bertahun-tahun lamanya.

Emosi apabila mencapai umur tertentu menyebabkan diriku sukar untuk berfikiran waras.

Bertindak dengan bijak.

Lantas, merudum seketika.

Hatiku sebenar-benarnya mahu bercinta. Merasai nikmat bercinta. Ingin meluahkan rasa cinta kepada si dia yang ku sayangi sepenuh hati.

Cinta... halal.

Maksiat... haram.

Entah mengapa diri merasakan cinta adalah segala-galanya. Berkasih sayang. Berkorban demi orang tersayang. Meluahkan perasaan.

Dan banyak lagi manfaatnya.

Puas bercinta adalah bercinta dengan cara yang diredhai Allah.

Sampai bila diriku mahu hidup begini? Keseorang, tanpa kekasih hati.

Apakah ubat bagi masalah ini? Dosa yang jadi penyelesaian sementara waktu. Namun, lagi dilayan nafsu lagi teruk ia jadi.

Saat paling bahagia dalam hidup ku adalah ketika bercinta selama 2 minggu sahaja.

Itulah detik paling bermakna. Paling mahal. Itulah pengalaman pertama kali mempunyai kekasih hati. Sesungguhnya, saya benar-benar bahagia ketika itu.

Maaf.
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan