Apa yang kita firkir.
Apa yang kita rasa.
Apa yang kita cakap.
Apa yang kita buat.
Semuanya adalah doa. Dan doa apabila dimakbulkan, maka hati jadi bahagia. Itu apabila perkara yang diminta itu adala perkara yang baik. Bagaimana pula untuk perkara yang sebaliknya?
Fikir-fikirkanlah.
Tekanan:
Ramai yang manusia hidup dengan keadaan penuh dengan tekanan. Tekanan dari segi tidak cukup wang dan sentiasa memikirkan bagaimana nak cari wang, lantas membuatkan diri sendiri tidak percaya dengan rezeki Allah.
Apabila kita masih hidup di dunia ini dan sentiasa memberi bantuan kepada orang lain mahupun alam, nescaya Allah memberi balik apa yang kita beri.
Andai memberi wang RM 1 pada setiap hari kepada orang yang memerlukan, Allah pasti membalas balik kepada kita pada lingkungan RM 1 - 700.
Namun, masalahnya: Kenapa masih ramai yang memberi tetapi tidak dapat balasannya?
Oleh keran, niat di hati, tidak murni. Memberi kerana mahukan pulangan. Itu adalah salah satu sebab terbesar yang membuatkan hukum tarikan tidak berfungsi.
"Ingatlah wahai manusia: Hukum tarikan tidak bertindak balas dengan apa yang kamu kata, tetapi bertindak balas dengan apa yang kamu rasa."
Mahupun begitu, apa yang kita fikir mengenai diri sendiri juga penting. Kita fikir hidup sentiasa bahagia dan semakin bahagia, maka itulah yang kita dapat.