Adakalanya, kita terhenti sejenak.
Dan di kala itu, mulalah minda bercakap dengan sendirinya.
Minda tanya kepada diri sendiri:
"Sebenarnya, apa yang awak mahu dalam hidup ini?"
Masih tercari-cari. Jawapannya sangat mudah. Hidup ini mudah andai kita berilmu.
Maka, jawapannya...
Kebahagian
Apabila kita bahagia dengan hidup ini, nescaya kepuasan yang sejati mula dirasai.
Ramai orang fikir: Mahu beli rumah besar, kereta besar dan sudah tentu mahu duit besar belaka.
Namun, kenapa?
Kenapa kita mahukan perkara-perkara itu? Apakah asbab disebaliknya? Jawapannya adalah kerana kebahagiaan.
Satu saat, apabila duit sudah berlimpah-limpah dan tidak tahu nak buat apa dengannya, masa itulah kita akan terfikir perihal tujuan hidup dan sebagainya yang berkaitan dengan spiritual.
Kebahagian bermakna, kita hidup gembira bersama orang sekeliling. Andai sekeliling sengsara, diri sensara. Andai sekeling ceria lagi bahagia, maka begitulah diri kita.
Kebahagian tidak akan diperleh melalui seorang diri. Ia mesti juga ada kaitan dengan manusia. Sekalipun diri mahu segala-galanya seorang diri dan mahu hidup sendiri-sendiri.
Tetapi, diri pasti tetap tidak puas dengan apa yang dimiliki.
Oleh kerana itu bukanlah tujuan yang dicari selama ini. Kebahagian hanya hadir dari manusia ke manusia. Hati ke hati. Barulah hidup bermakna.
Ramai yang tersekat di sini.
Ramai fikir kebahagian itu milik diri apabila semuanya sudah berjaya dan kaya-raya. Tidak, sekarang juga kita boleh bahagia.
Caranya amat mudah.
Sekadar...
Ucapkan 4 Baris Ayat Ajaib Kepada Diri
Saya sayang awak.
Saya minta maaf.
Maafkan saya.
Terima kasih.
Ulang, ulang dan ulang sesampai diri berasa lega. Bebas dan ringan.
Sekadar ucap di dalam hati sudah memadai.
Ia kelihatan terlalu simpel, tetapi ia sangat berkesan. Saya pernah menulis surat kepada ayah saya menggunakan 4 baris ayat ajaib tadi secara kreatif.
Hasilnya, amat memberansangkan.
Persoalannya ialah kenapa 4 baris ayat itu sungguh berkuasa? Oleh kerana setiap satu petikan mempunyai sumber tenaga positif yang tulen.
Bak kata orang putih, "Pure energy."
Lagi banyak tenaga positif di dalam diri, lagi banyak perkara baik berlaku dalam hidup kita.
Daripada Penulis
Tidak kiranya di mana jua kita berada. Susah, senang, kaya atau miskin. Hargailah setiap saat itu. Mungkin dahulu kita terlalu banyak buat silap kepada diri sendiri dan orang lain.
Lepaskan dan maafkan penyelesan itu. Hargai segala kejayaan kecil kerana kejayaan kecil itu membawa kejayaan besar suka berdamping dengan diri kita.
... Di akhiri dengan petikan menggiurkan:
"Tahniah, tahniah dan tahniah atas segala pengorbanan, usaha dan kejayaan awak. Walaupun kecil di mata awak, saya tetap menghargainya."