Tiada apa-apa lagi yang tinggal.
Tiada astro.
Tiada internet yang laju.
Tiada anime.
Kekurang akan sesuatu.
Rumah. Hrm...
Apabila hidup kita kekurangan sesuatu ia bermakna kita kurang memberi syukur dan kemaafan.
Itulah sebabnya, atau terlalu banyak dosa.
Atau terlalu negatif secara formulanya.
Maka, kembali kepada asal.
Sekarang apakah masalahnya?
Tiada internet, banyak duit. Banyak ke? RM 10, apa yang kamu rasa? Sikit atau banyak? Banyak.
Hargainya Danial. Syukur. Kamu ada duit. Kamu berduit, berilmu. Allah bagi ujian sebab kamu rasa ia sebagai ujian yang berat.
Ketiadaan internet, rumah yang bersepah. Semuanya yang berlaku ada makna disebaliknya. Allah tidak akan memberi sesuati kepada hamba-Nya melainkan ada hikmah disebaliknya.
Cari dan cari. Jangan hanya menunggu dan termenung tidak tentu hala.
Allah bagi tangan dan kaki untuk kamu melakukan perkara kebaikan.
Kamu sekarang adalah seorang usahawan yang bebas.
Kamu ada pengalaman, ilmu yang banyak.
Buku yang bernilai tinggi.
Apa lagi yang kamu nak sebenarnya Danial? Saya nak kebahagiaan bersama orang tersayang. Saya nak bercinta dengan Siti Zaliyah dengan sepuas-puasnya.
Itulah yang saya ingin selama ini. Allah tahu dan faham akan kehedak kamu. Cuma, kamu belum bersedia lagi. Sebab itu DIA tak bagi lagi kepada kamu.
Kamu tahu bukan perkara ini? Ya.
Sekarang, apa yang boleh saya lakukan untuk berasa puas dan gembira di kala ini?
Apa yang membuatkan kamu gembira Danial?
Mengajar, menulis dan menyelesaikan masalah orang.
Adakah aktiviti-aktiviti tersebut dapat memberikan kegembiraan dan kepuasan dalam hidup kamu SEKARANG?
Mengajar apa dan kepada siapa?
Menulis apa dan kepada siapa?
Menyelesaikan masalah apa?
Kamu kena cari dan gali dahulu.
Plan sedikit. Tidak gunakan banyak masa pun.
Kamu boleh berjaya Danial. Dan kamu sememangnya dilahirkan untuk jadi seorang jutawan. Segala perasaan, kekecewaan, kesepian dan kesengsaraan adalah proses untuk jadi jutawan.
Jangan, jangan, jangan, jangan, jangan sesekali putus asa.
Allah sentiasa ada di sisi kamu.
Sentiasa membantu kamu. Namun, kamu tidak nampak dengan jelas apakah ia.
Jadi, kembali kepada asal.
Siapkan draf ebook kamu.
Habiskan satu buku satu minggu.
Cukup. Dan syukur dengan apa yang kamu ada.