Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Posted On //

Kenapa saya mesti lalui semua ini?

Kenapa hidup saya susah sangat.

Apa yang saya nak tak dapat.

Apa yang saya betul-betul nak juga tak dapat.

Kenapalah saya sukar sangat nak hidup senang. Apa silap saya? Ya, saya tahu banyak dosa yang telah saya lakukan.

Saya tahu saya banyak menyusahkan orang lain.

Dan kenapalah saya mesti hidup dalam suasa yang bising lagi bingit?

Apakah ini semua aku harus lalui?

Kalaulah aku benar-benar tidak ada gunanya lagi. Lebih baik mati.

Kebahagiaan.

Kekayaan.

Kesihatan.

Ketiga-tiga masih belum sempurna sepenuhnya.

Dalam kebahagiaan memang sifar.

Dalam kekayaan hanya 2% sahaja.

Dalam kesihatan hanya 50% sahaja.

Realitinya, aku memang hidup susah.

Jadi, bagaimana nak keluar daripada semua masalah ini.

Apa masalahnya?

Masalah tiada internet.

Masalah tidak cukup wang.

Masalah sepi.

Masalah bising.

Masalah rumah bersepah.

Masalah tiada teman yang dapat ku luahkan perasaan.

Sepi dan sepi.

Kalaulah aku seorang jutawan, pasti aku dah pindah ke tempat yang lebih baik.

Di mana ada perpustakaan yang besar. Internet yang laju (1GB/s) lagi unlimited.

Di mana ada isteri yang solehah, jelita lagi berkaca mata.

Allah. Allah. Allah.

Keinginan ku untuk berubah adalah 1000%.

Kenapalah tiada siapa yang sanggup bantu aku.

Kenapalah...... Aku harus lalui semua ini.

Kalaulah, semua ini dapat berakhir dengan mudah.

Andai ku pinta selama ini tidak dapat.

Tidak mengapalah. Sampai di sini sajalah hidup aku.

Kalau aku mohon untuk jadi seorang jutawan yang sebenar-benarnya tidak dapat.

Tidak mengapalah. Sampai di sini sahajalah perjalanan ku.

Aku rela mati.

.

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu bersungguh-sungguh. Sebelum aku mati, jadikanla aku seorang jutawan multi-dermawan yang di mana mempunyai simpanan RM 1.312 juta di dalam akaun simpanan Maybank sebelum umurku 30 tahun. Dan aku bermohon kepada Mu agar setiap dosa-dosa ku diampunkan.

Aku bermohon kepada Mu ampunkanlah dosa-dosa kedua ibu bapa ku, keluarga ku, guru-guru ku dan rakan-rakan ku.

Berikanlah kepada mereka kehidupan yang berkat. Kehidupan yang penuh dengan keamanan dan kemakmuran. Bebas daripada segala kepercayaan negatif.

Bimbinglah mereka untuk jadi seorang yang hamba yang beriman lagi bertaqwa kepada Mu Ya Allah.

Allah. Allah. Allah.

Aku benar-benar mahu hidup bahagia bersama orang yang ku cintai selama ini. Berkatilah cinta kami. Jadilah kami pasangan yang bahagia sehingga syurga Firdausi.

Bimbingkanlah kami ke jalan yang benar lagi jalan yang diberkati oleh Mu Ya Allah.

Segala puji bagi Mu. Tunaikanlah segala permintaan ku.

Terima kasih atas segala-galanya. Aamiin ya Rabb.

"Ingatlah wahai manusia, sesungguhnya setiap ujian pasti ada hikmah bernilai disebaliknya."
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan