Adakah salah sekiranya kita bertanyakan begini:
- Kenapa kita wujud di dunia ini?
- Kenapa Allah ciptakan dunia ini?
Soalannya mungkin terlalu tinggi untuk dijawab. Apabila terlalu tinggi, ilmu yang tinggi adalah syarat sebelum kita dapat menjawab dengan mudah.
Selagi ilmu di dada rendah, selagi itu soalan yang tinggi tidak akan dapat dijawab.
Oleh sebab itu, Allah selalu berpesan: Carilah ilmu pengetahuan. Carilah ilmu. Dengan ilmu, kita boleh berjaya di dunia dan akhirat.
Apabila seseorang itu berilmu, dia ber-amanah untuk sebarkan dengan penuh sabar.
Mulakan dengan ilmu asas. Asas adalah tapak. Apabila tapak kita kuat, nescaya tidak mudah goyang. Tanya soalan sesukar mana sekali pun, nescaya dapat dijawab dengan mudah.
.
Hidup adalah berlimpahan.
Setiap hembusan nafas. Setiap degupan jantung, adalah hak milik Allah.
Kita adalah tiada siapa tanpa Allah.
.
Manusia yang paling terkaya di dunia ini adalah manusia yang paling banyak bersyukur.
Oleh sebab itu dalam Al-Quran menyebut: Sedikit sekali hamba-Ku yang bersyukur.
Sedikit yang bersyukur, sedikitlah yang kaya.
Jadi, untuk masuk dalam golongan orang yang kaya adalah dengan bersyukur. Beri apa yang ada di tangan. Beri apa yang ada di dada.
Walaupun ia nampak tidak bernilai buat masa sekarang, mana tahu masa akan datang ia adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Masa sentiasa berubah.
.
Kun faya kun. Apabila ia berlaku, maka berlakulah dengan izin-Nya.
Tetapi... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kamu itu sendiri yang mengubah nasibnya terlebih dahulu.
Kun faya kun ini lebih kepada sesuatu yang manusia tidak dapat kawal seperti alam sekitar. Sesuatu yang semula jadi.
Ingatlah, masa sekarang adalah hadiah Allah. Hargailah ia sebaik mungkin. Sebelum hilang.
... Sebab itu masa sekarang dipanggil The Present. ^_^
.
Tiada apa yang kekal. Yang ada adalah semakin positif ataupun semakin negatif.
Dunia ini sudah disetkan, positif 2 kali, negati sekali. Dan begitulah seterusnya. Ia tidak mungkin lancar melainkan dengan izin Allah.
... Dan apabila positif sudah besar angkanya, nescaya penutup yang indah lagi menawan adalah jawapannya.
Syurga Firdausi sedang menunggu.
( Positif = Pahala. Negatif = Dosa)