Siapa Aku?

Posted On //
Di manakah aku berada sekarang?

Tidak bergerak, tidak berundur.

Sama dan sama.

Adakah aku akan jadi seperti ini selama-lamanya?

Jawapannya semua terletak dalam hati sendiri.

.

Aku adalah aku dan aku adalah apa yang aku sangkakan.

Andai kamu fikir kamu seorang otaku, maka itu siapa diri kamu.

Andai kamu fikir seorang hamba Allah yang taat, maka itu diri kamu.

Yang pasti, semua orang mempunyai keraguan terhadap diri sendiri.

Oleh sebab itu, kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Bagaimana pula dengan Buddha?

Kuncinya meditasi.

.

Danial, sedarlah kamu siapa. Kamu adalah hamba siapa? Kamu sebenarnya agama apa?

Apakah perintah Dia? Apakah larangan Dia?

Kamu tahu bukan Danial?

Pulanglah Danial.

Sudah lama kamu merantau di negara Otaku. Kembalilah ke jalan yang benar, jalan yang diredhai serta diberkati Allah.

Malaikat kiri dan kanan kamu sentiasa catat apa yang kamu fikir, rasa dan buat hari-hari.

Tanpa henti. Walaupun sesaat sehinggalah hembusan nafas mu yang terakhir, Danial.

Maka, kamu diberi 2 pilihan.

Berbuat;

1) Baik

Atau,

2) Jahat.

Apakah perkara baik yang aku boleh lakukan?

Tolonglah, aku tidak tahu lagi untuk meminta tolong kepada siapa.

Mintalah pertolongan dari Allah. ALLAH.

Dia sentiasa ada di sisi kamu, di hati kamu.

Dia tidak mati. Dia sentiasa ada dan wujud. Selama-lamanya.

Dalam sedasar-dasar hati kamu, kamu tahu apa yang perlu dilakukan.

Kamu tahu apakah kebaikan yang dapat kamu lakukan.

Setiap hari. Malah ia menggembirakan.

Kamu boleh tahu apakah ia Danial.

Percayalah kepada diri sendiri.

Pecayalah kepada Allah.

Allah itu kekal abadi.

Danial, takutlah seksaan api neraka agar kamu tetap dan sentiasa melakukan kebaikan.

Allah ciptakan neraka bersebab, syurga juga begitu.

Dengan sebab itu, kamu dapat menjadi siapa diri kamu yang sebenarnya.

Allah sangat sayangkan hamba-Nya.

Setiap ujian, seksaan, sangkaan negatif dan semuanya ada hikmah disebaliknya.

DIa nak kamu belajar dari A sampailah Z.

Selagi kamu mampu, selagi itulah ujian sentiasa mendampingi diri kamu.

Cuma, kamu lihat ujian itu dari sudut positif atau negatif sahaja.

Pilihannya tetap di tangan kamu.

Allah sentiasa memberi 2 pilihan secara minima.

Dan DIa sentiasa ADIL.

Tetap ADIL.

Kadang-kala, kamu tidak nampak oleh kerana syaitan menetupi hati mu.

Maka, zikrullah adalah ubatnya.

Kuncinya, sedikit tetapi konsisten.

Tidak perlu zikrullah 10,000x.

Andai ia tidak konsisten tetap tiada makna.

Bagi Allah, amalan yang paling baik adalah sedikit lagi konsisten.

Itulah yang terbaik.

Buat terbaik, hasil terbaik.

.

Pesan Iman


Bertaubatlah.

Bergaul dengan orang yang beriman lagi bertaqwa kepada Allah.

Semua orang penting dan terhormat.

Mereka penting dan ada maruah diri.

Mereka suci.

Kerana segala-galanya adalah ciptaan Allah.

Hina ciptaan Allah = Hina Allah.

Berfacebok kerana ingin mendekatkan diri terhadap Allah.

Niat suci, hidup sentiasa diberkati.

Maka, pesan Iman: Sayangi diri, cintai Allah dan lakukan amalan baik secara konsisten.

Boleh? :)
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan