Tidak perlu mencari.
Tidak perlu banyak berfikir.
Apa yang perlu adalah pilih dan buat sahaja.
"Bolos saja dinding itu."
Ia adalah jalan yang mudah. Mungkin kamu kurang yakin, mungkin kamu rasa was-was, mungkin kamu rasa itu bukan jalan yang betul.
Namun, apa yang pasti adalah sesuatu yang bermakna dilindungi oleh dinding ketakutan yang kurang pasti.
Bila buat, maka buat sungguh-sungguh. Bila dapat, maka dapat sungguh-sungguh.
Ia normal.
Manusia akan buat silap.
Sebab kita manusia.
Sebab manusia diciptakan begitu.
Tidak perlu rasa bersalah, tidak perlu rasa rendah diri.
Mengaku sahajalah.
"Belasah je."
Buat, buat dan buat maka barulah perbaiki sedikit demi sedikit.
Kuncinya, 20% teori 80% praktikal.
Ilmu praktikal lebih bernilai daripada ilmu teori.
Sebab praktikal yang memberikan hasil.
Namun ia tidak bererti teori tidak penting. Ia penting. Cuma kita tidak perlu habis ratus ribu ringgit demi teori.
Daripada Si Penulis
Kaya itu indah. Kaya itu mewah. Kaya itu sihat. Kaya itu bahagia.
Kaya itu bermakna apabila diraikan bersama.
Kaya itu bermakna apabila dikongsikan bersama.
Kaya itu indah apabila dihargai bersama.
Kaya adalah apa yang kita beri.
Tiada apa yang lebih indah daripada hidup kaya dan berjaya.