Sesuatu yang Hilang

Posted On //
Rasanya seperti ada ruang yang kosong di hati.

Ia tidak menyakitkan, ia tidak melukakan.

Tetapi rasanya sesuatu yang tidak dapat diluahkan. Rasanya memang tidak meyenangkan.

Apakah ia?

Adakah ia perkara biasa?

Mungkin ya, mungkin tidak. Tetapi, apa yang pasti ini kali kedua ku rasa seperti ini.

Sesuatu yang hilang.

.

Kalaulah... kalaulah aku dapat segala-galanya yang aku mahu, nescaya dunia ini adalah syurga bagi ku.

Namun, ujian adalah proses pembesaran.

Dalam dunia ini tiada apa yang pasti. Tiada apa yang kekal.

Hanyalah bertambah baik atau kurang sahaja.

.

Cinta, kebahagian, kesengsaraan, kesunyian, keseorangan... Semuanya adalah emosi.

Allah ciptakan manusia mempunyai emosi bersebab.

Tiada siapa tahu apakah hikmah yang tepat disebaliknya.

Mungkin untuk pembelajaran, mungkin untuk keindahan.

Dan mungin untuk kecintaan.

Apabila setiap satu manusia saling kasih-mengasihani.

Sayang menyayangi. Maka dunia ini indah dan makmur.

Apa hilang adalah komunikasi yang tulen.

Itulah yang hilang.

Dunia ini memerlukan manusia yang hidup.

Hidup penuh keghairahan.

Maka, apa yang hilang kembali terisi.

.

Bebas. Bebaskan diri kita. Bebaskan daripada kekangan. Bebaskan diri daripada segala-galanya.

Nescaya dunia ini lebih aman dan makmur.

Allah yang pasti.

Hanya yang Kuat Mampu Melanggan