Bismillah...
Kita hidup di dunia ini kerana Allah.
Meninggal juga kerana Allah.
Allah yang berkuasa ke atas segala-galanya.
Andai kita hidup susah juga kerana Allah.
Andai kita hidup kaya juga kerana Allah.
Andai kita hidup kelaparan juga kerana Allah.
Atau kita yang berkuasa?
Atau....
Atau. Atau. Atau...
Sejujurnya, kalau saya boleh tentukan untuk tidak wujud mungkin yang terbaik.
Tetapi, Allah tetap wujudkan diri ku ini.
Untuk apa. Saya pun keliru.
Ya, memang ada hikmah.
Kalau kita lupakan Allah, hidup sengsara.
Kalau kita ingat Allah, hidup diuji.
Untuk mengukur tahap keimanan (keyakinan) kita terhadap Allah.
Yakin kerana untuk diberi ganjaran di akhirat atau untuk menghapuskan dosa.
.
Sabar je lah.
.
Ya Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
Ku mohon kau berikanlah jawapan yang jelas, terang lagi nyata kenapa aku wujud di dunia ini.
Untuk apa aku wujud di dunia ini.
Dan apakah tujuan aku hidup di alam ini.
Terima kasih banyak-banyak. Aku hargai segala-galanya yang telah Kau berikan kepada ku.
.
Izikan saya buat satu pilihan, sesungguhnya pilihan itu akan menentukan hidup ku.
Maafkan saya Ya Allah.