Kalau tak kerana marah, maka tak kenal erti kemaafan.
Kalau tak kenal kesengsaraan, maka tak kenal erti kebahagian.
Semua yang berlaku di dunia ini, ada hikmahnya. Yang sebaik-baiknya.
Setelah beruzlah berkali-kali, barulah Allah memberikan jawapan kepada saya yang jelas lagi terang.
Setiap apa yang berlaku kepada diri saya sebenarnya adalah kebaikan segala-galanya.
Ya, bukan untuk diri sendiri sahaja. Bahkan orang sekeliling juga akan mendapat nikmatnya.
Saya selalu tanya:
Kenapa kita wujud di dunia ini?
Kenapa saya wujud di dunia ini?
Apakah tujuan yang sebenar Allah ciptakan manusia?
Tetapi, sekarang... Jawapannya terang lagi jelas nyata.
Iaitu, untuk memahami erti kehidupan.
.
Orang yang dahulunya hidup sengsara kini paling bahagia.
Sebab mereka faham (alami) yang sebaliknya.
Tok guru silat selalu pukul anak muridnya sekuat-kuat yang boleh kerana mahu mengajar erti sihat.
Bila kita faham yang sebenar.
Maka, kita berada di jalan yang benar.
Jawapan untuk kenapa kita wujud di dunia ini ialah untuk menjadi diri kita sendiri.
Itu sahaja. Jadilah diri kita sendiri. Endahkan individu yang suka morebek jiwa kita.
Apa yang penting, jadi diri kita yang sebenar-benarnya.
Karena itulah tujuan yang sebenar-benarnya kita wujud di dunia ini.
Have fun. :)