Ialah... Pada memberi.
Ia tidak kira kita siapa.
Apa yang lebih penting ialah apa yang kita beri.
Memberi dengan sepenuh keikhlasan. Dengan niat mahu membantu, maka keajaiban akan berlaku.
Dunia ini indah, apabila kita saling memberi.
Tanpa pemberian, tidak berlaku peredaran nilai.
Semakin diedar, semakin bertambah, semakin mewah antara satu sama lain.
.
... Terhenti seketika, kerna terfikir siapalah aku mahu memberi?
Ia tidak penting siapa, ia tidak penting kita dari mana, yang penting apa yang kita beri.
Sebenarnya, walaupun kita dapat pemberian itu dari seorang penagih dadah sekali pun dan pemberian tersebut adalah baik, maka ia tetap bermakna sebenarnya.
Ia bukan siapa kita sebenarnya, ia lebih APA yang kita beri.
.
Dengan sesungguhnya, manusia itu berada dalam beruntungan apabila ia saling memberi jasa yang terbaik antara satu sama lain.
Kerna, rahsia kehidupan adalah pada pemberian.
Kerna, rahsia kepuasan adalah dalam perkongsian.
Memahami dunia ini ibarat memberi dengan sepenuh hati.
Hayatilah diri kita ini, hayatilah dunia ini.
Nescaya, rahsianya ada dalam diri.