Cinta, Harapan dan Pengakhiran

Posted On //
Andai, hidup yang terbalik. Lain daripada yang lain. Adakah ia tidak pelik?

Pelik bagi majoriti, namun tidak minoriti.

Oleh kerana itu, pilih kehidupan yang mahu kita hidup.

Hiduplah kehidupan kamu sendiri!

Hiduplah, hiduplah wahai diri.

Kerana, kamu memiliki kuasa untuk memilih!

Dan kenapa tidak mahu memilih yang terbaik, sahaja?

Hidup itu satu sikap.

Sikap itu, apa yang kita lakukan hari-hari.

Ia bermula daripada apa yang kita fikir hari-hari.

Maka fikiranlah yang menentukan takdir hidup kita!

Kuasai fikiran kita, maka takdir kita dikuasai!

Bina sikap secara kecil-kecilan dahulu. Biar kecil asal kita mula.

Itu yang penting.

Bukan utamakan yang banyak dalam hari. Ia lebih utama yang kerap. Kerna yang konsisten itu lebih bernilai daripada buat sekejap tidak buat.

Perumpaan hari-hari menerima cek RM 10,000 berbanding sekejap RM 1 dan sekejap RM 10,000.

Yang mana kita mahu?

.

Bangkit!

Bangkitlah anak muda. Hidup dunia mu ini. Hiduplah sebenar-benar kehidupan!

Hiduplah di dunia sepenuh perasaan. Hayatilah ia sebaiknya. Kerana kita hidup hanya sekali.

Pilih yang terbaik. Pilihlah yang bahagia, kerana hidup di dunia hanya satu.

Satu-satunya adalah untuk memilih sebagaimana yang kita mahu hidup.

Lakarkan kanvas putih dunia kita.

Sebagaimana kita mahukannnya.

Ambil kuasa sepenuhnya!

Jangan biarkan orang lain tentukan bagaimana kamu hidup. Kamu sendiri yang berkuasa.

Kamu sendiri punya kehidupan.

Kamu punya dunia.

Kenapa perlu bagi kepada orang lain tentukannya?

Melainkan kamu sendiri pilih.

... Pada akhirnya, kebahagian adalah apa yang kita cari selama ini.

Bahagialah pada permulaan.

Bahagialah pada perjalanan.

Nescaya bahagianya tidak terhingga di pengakhiran destinasi.

~ Lebih baik menyesal buat yang terbaik lagi sepuasnya daripada tidak melakukannya.
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan