Sejujurnya
Saya tak tahu apa yang nak dilakukan.
Apakah langkah seterusnya yang menjaminkan kejayaan.
Namun, hidup tetap diteruskan. Juga.
.
Walaupun, dah beribu kali berdiam diri. Akhirnya, jawapan yang paling terbaik ialah berusaha.
Tindakan tidak akan mengecewakan kita.
Lebih bagus tindakan positif, yakni tindakan yang membawa kebaikan kepada diri sendiri serta orang lain.
.
Jawapannya, ada dalam diri.
Tanya diri, tanya hati dan tanya Allah.
Allah ada di sisi kamu.
Tanyalah DIA, nescaya DIA bersuara.
Cuma, kamu perlu peka dan tenteram.
Ingatlah, yang SATU.
.
Kamu tidak berkeseorangan. Ada ramai insan disekeliling kamu. Cuma, kamu tidak memandang mereka hidup di dunia kamu sahaja.
Apa yang akan berlaku, sekiranya kamu menghabiskan masa untuk mereka?
Apa yang akan berlaku, sekiranya kamu tukar keutamaan kamu?
Daripada diri, diri, diri kepada memberi, memberi dan memberi.
Kamu dah tahu akan yang akan berlaku bukan?
Kerna, dahulu kamu sudah laluinya bukan?
Kenapa berhenti?
Kenapa berdiam diri?
Dan kerna apa kamu suka melayani diri sahaja?
.
Apa yang pasti, kekayaan (segala-galanya) diukur daripada berapa banyak yang kita beri.
Kalau beri sedikit, itulah yang kita dapat.
Kalau beri banyak, maka itulah juga yang kita dapat.
Tenang wahai anak muda.
~ Bergembiralah. ^_^