Kamu kena sedar Danial.
Dalam dunia sekarang ini, segala-galanya memerlukan duit.
Tetapi, ia tidak bermaksud duit adalah segala-galanya.
Cuba kamu fikir, kenapa kamu tak suka keluar rumah?
Sebab kurang duit bukan?
Kenapa kamu makan makanan yang kurang menyelerakan? Sebab kurang duit bukan?
Di sini, wang memberi efek kepada segala-galanya di dunia ini.
Nak tidur pun sebenarnya, perlukan duit bukan? Kipas elektrik yang kita guna.
Air dan lain-lain lagi.
Sedarlah wahai Danial.
Duit memang penting, dan sangat penting untuk meneruskan hidup.
Ini bukan zaman 1800-an.
Sekarang abad ke-21.
Jauh bezanya Danial.
Memang jauh. Dan sebenarnya, kamu pun menyusuhkan mak kamu sebenarnya.
Keluarga kamu.
Paling teruk, kamu telah menipu diri kamu yang duit itu tidak penting dan bernilai.
Sedar, sedar juga. Yang penting kamu ada sistem yang sentiasa jana wang untuk kamu selama-lamanya. Setiap saat. Tanpa henti. Secara pasif.
Barulah kamu boleh hidup sepuas-puasnya.
Sekarang, kamu cuma buat sesuatu pekerjaan yang memeberikan wang besar ke dalam hidup kamu.
Noktah.
Caranya, dengan memberi.
Itu asasnya.
Paling penting, buat duit kerana Allah. Dan kerana mahu memberi kemudahan kepada ibu bapa kita.
Sedar dan bangkitlah Danial.
Bangkitlah daripada tidur kamu yang lena ini.
Boleh ke boleh?