Berapa Panjang Saya Boleh Tulis Tanpa Henti?

Posted On //

Izinkan saya tuli sepanjang yang mungkin untuk sekali jalan.

Konteksnya ialah tentang kehidupan.

Hidup adalah berlimpahan.

Maknanya, hidup kita ini sebenarnya sudah serba mencukupi.

Cuma sedar atau tidak sahaja yang menentukan sama ada kita sebenarnya sudah serba mencukupi atau tidak.

.

Manusia sememangnya diciptakan untuk melakukan kesilapan.

Oleh kerana, melalui kesilapan kita belajar bahawasanya perkara tersebut adalah silap untuk mencapai target yang ditetapkan.

Dalam dunia ini tidak ada yang positif atau negatif. Sekadar kita sendiri yang menilaikan perkara tersebut.

Sudah tentu. Yang positif memberi impak yang positif, serta negatif memberi negatif.

.

Adakalanya kita tertanya-tanya. Kenapalah kita hidup begini?

Sebab kita sendiri yang memilihnya.

Kita boleh pilih untuk jadi peramah, hebat, luar biasa, dikelilingi gadis-gadis comel dan banyak lagi.

Kita boleh pilih.

Yang menjadi masalahnya ialah kenapa kita tidak pilih ke arah tersebut?

Sebab kita tidak sanggup korban sesuatu.

Hukum Korban menyatakan untuk dapatkan sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Kalau mahu dikelilingi gadis-gadis comel, keluarlah. Cari mereka di mana dan beramah mesralah bersama mereka.

Korban yang ini untuk dapat yang itu.

Beri yang ini untuk dapat yang itu.

.

Satu perkara dalam satu masa.

Kita tidak boleh buat 2 perkara sekaligus melainkan dengan bantuan alat(leverage).

Cuma, apabila fokus satu perkara dalam satu masa. Kita jadi luar biasa, bak pancaran laser tepat kepada sasaran.

Lagi lama dipancarkan lagi dalam ia menebusi dinding.

Lagi berimpak tinggi ia menjadi.

.

Persoalannya bukan berapa lama kita hidup di dunia ini.

Namun, apakah yang kita lakukan di dunia ini.

Adakah perkara yang kita lakukan benar-benar bermakna? Benar-benar puas dengan situasi sekarang?

Kalau tidak, ubah tindakan kita.

Ubah fokus kita.

Untuk dapatkan sesuatu yang baru, perlukan melakukan perkara yang baru.

Barulah ia hidup kita berubah selama-lamanya.

.

Kalau tidak boleh ubah sikap, ubah persekitaran.

Ubah 'pencetus' yang menyebabkan kita melakukan sesuatu yang negatif.

Seandainya, ia tidak berkesan juga? Jawapan terakhir adalah berhijrah.

(314 patah perkataan.)
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan
Loading...