It's have been a long time since I start writing.
Banyak perkara yang saya belajar tahun lepas dan awal tahun ini.
Pertama.
Forex.
Dalam forex kita cuma perlu kuasai:
- Support dan resistance.
- Candlestick chart.
- Trendlines.
- Price action.
Itu sahaja.
Apabila asas kita kukuh, besar sebesar mana pun masih lagi teguh.
Dan pengajaran paling penting yang saya pelajari, jangan sesekali cuba untuk lawan trend.
Kerana apabila kita lawan trend, trend akan menang.
Tambahan lagi, kesabaran itu adalah keperluan dalam dunia forex.
Forex bukan perkara yang mudah sepertimana kita sangkakan.
Ia ambil masa untuk berkembang.
Ia ambil masa untuk profit.
Ia ambil masa untuk entry.
Ia ambil masa untuk exit.
Semuanya berbalik kepada ketekunan dan kesabaran kita dalam dunia forex ini.
Kedua.
Tawaran Meleleh.
Orang putih kata: "One good sales letter can make you rich."
Saya tidak percaya dengan 1, hanya satu tawaran meleleh boleh mengubah hidup kita.
Tetapi, apabila saya sudah buat. Walaupun saya jarang update, jarang monitor.
Tetap memberi pulangan yang sangat ajaib.
Oleh kerna masa untuk membuat perkara tersebut tidaklah begitu lama. Tetapi, hasilnya boleh makan bertahun.
Ajaibnya copywriting.
Ketiga.
Kita Tidak Boleh Skip Proses.
Tetapi kita boleh percerpetkan proses.
Itu sahaja.
Kita tidak boleh dari baru lahir di dunia ini terus pandai berlali.
Ia ambil masa untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat.
Ia ambil masa untuk membesar.
Ia ambil masa untuk membina.
Walaupun dalam sehari segala-galanya boleh hilang.
Yang pasti, pengalaman dan ilmu yang diperoleh tidak ternilai. Kerana kita boleh buat semula, jika mahu.
Daripada Penulis
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
Tuhan suruh taqwa ada sebabnya.
Islam itu wujud ada sebabnya.
Bumi ini wujud juga ada sebabnya.
Apabila kita memahami ertinya.
Hidup itu indah berlaka.
Tiada ungkapan dapat diluahkan.
Kerana tiada kata dapat diperbandingkan.
Hanya yang alami tahu yang pasti.