Setelah Sekian Lama

Posted On //
Menyepi, ketidakhadiran dalam jiwa.

Mula menyepi di dalam taufan pasir yang bertebangan.

Melangkah ke alam perbezaan.

Banyak perkara terjadi lagi terliti.

.

Melangkah terus melangkah tanpa ketahui bagaimana ia berkahir.

Terus bergerak tanpa kepastian.

Menuju dunia perbezaan, dunia ketidakpastian.

Inilah alam semesta.

.

Di manakah arahnya tanya si hati.

Di manakah perjalanannya?

Tanya si jiwa.

Adakah ia terhenti di sini sahaja?

Memikirkan seratanya.

"Andai kita mahu dapatkan apa yang kita hajati, beri dahulu."

.

Kebahagian adalah apa yang kita cari selama ini.

Apa erti kebahagian bagi diri ini.

Sedangkan terus mencari dan cari.

.

Kebahagian itu tercapai apabila diri dapat menikmati pengembaran sepuasnya.

Dengan melakukan aktiviti yang saya minati lagi ku cintai.

Tambahan lagi dibayar dengan nilai yang besar.

Apa lagi yang kita mahukan lagi?

Sekiranya, kesemua permintaan telah dikecapi.

Dunia ini tiada lagi perlu dikorbankan.

Hasraat ini tiada ku perlu pendamkan.

Hanya...hanya yang perkasa lagi bersungguh.

Akan tunduk padanya.

.

There's no secrets.

Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Kerna, semuanya sudah disediakan.

Sedakar melihat dengan telilti lagi penuh memahami.

Maka, akan sedar apa yang kita terima selama ini.

.

Kebahagian itu datang dari dalam.

Dari dalam ia datang.

Dari dalam ia pergi.

Untuk menerimanya, hendaklah menyedarinya.

Apakah yang membuat diri ini benar-benar bahagia tak kira waktu.

Tak kira lelah.

Tak kira lemah.

Kerna, apabila manusia itu bahagia, dunia ini tertawan.

Kerna...kerna dengan kekuatan bahagia itu tiada tandingan.

.

Carilah, carilah yang pasti.

Yang pasti hanya SATU.

Semua insan tahu.

Iaitu yang Maha Esa.

.

Hati tidak terhenti.

Hati tidak menipu diri.

Dengarilah ia, hayatilah ia.

Kenalilah ia.

Kerna, hati adalah penguat diri.

.

Terima kasih. ^_^
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan
Loading...