Terima Kasih
Selepas setahun berlalu.
Banyak perkara pahit dan manis yang telah berlaku.
Setiap apa yang berlaku membawa diri ku ke tempat yang lebih baik dan lebih baik.
Terima kasih.
Saya menghargai segala-galanya.
.
Awal tahun 2016 adalah titik perubahan yang besar bagi ku kerana berjaya mengenali forex.
Setelah itu, terlalu banyak perkara yang ajaib berlaku.
Terima kasih atas segala-galanya.
.
Pelbagai rintangan dan selekoh yang tajam ku lalui untuk mencapai tempat yang lebih baik dan lebih baik.
Siapa sangka, kuasa minda mampu mengubah perjalanan hidup ku.
Walaupun bukan segera, mengambil masa berbulan barulah ia mengubah dan berubah perjalannya.
Tapi hasilnya tetap kelihatan di penghujungnya.
.
Yang pahit biarlah ia menjadi pahit. Tinggal memori yang lepas.
Tidak perlu mengingatinya malah hanya memaafinya.
Teruskanlah perjalanan ini.
Kerna, hanya yang terbaik sedang menunggu kita di puncak.
.
Bila kali terakhir kita benar-benar bersyukur?
Bila kali terakhir kita benar-benar memaafkan?
Bila kali terakhir kita benar-benar hidup?
Ini hidup kita sendiri.
Ini hidup yang satu.
Kenapa perlu mengikuti jalan orang lain secara paksaan.
Kenapa tidak mengikuti jalan sendiri yang unik lagi indah.
Oleh kerana, hidup hanya satu.
Pabila kita lahirnya di alam ini, maka telah tertulis mati itu pasti.
Masa kita terhad.
Tidak kekal.
Yang kekal hanyalah SATU.
Ia sama ada semakin bertambah atau berkurang.
Berkembang atau mengecil.
Yang mana satu kita pilih?
Yang mana satu kita mahukan?
Semuanya terletak di hati kita.
Hidup!