3 Kali Maju 2 Kali Gagal

Posted On //

Setiap 2 langkah, kita terpaksa undur selangkah.

Kenapa ia berlaku?

Kerana, dunia ini sempurna. Itulah jawapan yang paling tepat.

DIA mahu kita rasa bagaimana jadi seorang yang gagal. Oleh kerana kegagalan adalah guru terbaik dalam kehidupan.

Cepat gagal, cepat berjaya.

Lambat gagal, lambat berjaya.

Untuk cepat gagal adalah dengan mencuba banyak kali. Cuba, cuba dan cuba sampai berjaya.

Itulah proses seseorang itu jadi seorang yang berjaya.

Pada kali pertama saya belajar edit blog. Memang banyak kali gagal. Kali pertama, gagal. Kali kedua juga gagal.

Tetapi, saya rasa lain.

Rasa kegagalan itu adalah ubat.

Kerana pahit itu ubat.

Memang bagi sesetengah orang tidak sanggup mengambil cabaran untuk merasa pahit di dalam hidupnya kerana sudah terbiasa dengan perkara-perkara manis.

Manis-manis, lama-lama sakit diri yang rugi.

Kuasa Kejelasan

Hari ini, ramai orang hidup dalam keadaan pengangan negatif dan zon yang sempit.

Ramai yang berkata, cukuplah sekadar ini. Inilah rezeki yang Allah bagi. Bagilah peluang kepada orang lain pula.

Ya, memang tidak salah.

Namun, ada satu kesilapan yang perlu belajar daripadanya.

Kalau bukan kita ambil peluang tersebut, siapa yang akan ambil?

Jawabnya orang yang bukan Islam.

Oleh sebab itu golongan bukan Islam hidupnya lebih kaya daripada golongan Islam.

Memang mereka boleh lakukan strategi dan teknik yang tidak patuh syariah. Namun, bukankah kita ada Allah?

Kenapa kita tidak minta bantuan kepada Allah?

Allah itu sentiasa di sisi kita. Hati kita.

Sentiasa bersedia memberi pertolongan kepada hamba-Nya yang minta.

Tetapi, masih lagi silap.

Silap meminta kepada orang yang salah.

Dalam dunia ini.

Apa yang kita lihat, dengar, fikir, rasa, cakap dan buat adalah satu doa yang mustajab.

Terlalu berhati-hati juga adalah sebab mengapa diri tidak maju-maju.

Jalan terbaik untuk bergerak ialah jalan terus.

Jalan terus kepada matlamat yang telah ditetapkan.

Fokus kepada cara untuk capai matlamat.

Bukannya fokus kepada matlamat dan guna semua cara untuk capai matlamat tersebut. Itu sia-sia namanya.

Andai mahu jana RM 300 tambahan sebulan. Cari caranya untuk jana RM 10 tiap-tiap hari.

Mungkin dengan servis menulis artikel.

Mungkin dengan servis lipat kain.

Mungkin dengan servis hantar surat khabar.

Dan banyak lagi peluang yang belum diteroka.

Gunalah apa yang ada di sekeling.

Hari demi hari, nescaya semakin hampir dengan cita-cita.

Hadiahkan diri apabila sudah capai matlamatnya.

Lalu, kenangan yang indah adalah semasa berusaha menuju kejayaan.   
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan