Di Hati Kembali Lelah

Posted On //

Rasa sesat seketika.

Lemah, hilang semangat. Tanpa arah tuju. Kenapa terlalu taksub dengan matlamat.

Sedangkan cara untuk capai sesuatu matlamat itu dengan proses yang berterusan.

Bereti usaha yang konsisten.

Saya tahu apa yang perlu dibuat.

Saya tahu apa yang perlu dlakukan.

Cuma, lemah dan sedih.

Perasaan memainkan peranan penting dalam kehidupan. Andai kita pandai mengawal emosi dengan sebaiknya, maka Insya-Allah hidup juga semakin baik.

Apa yang saya mahu sebenarnya ialah kehidupan yang ceria lagi bahagia.

Bersemangat nak bangun pagi sebab mempunyai tugasan yang hebat.

Namun, sebaliknya yang berlaku.

Menulis.

Menulis dan menulis membuatkan kita semakin mahir dengan penulisan.

Ia datang dengan sedikit demi sedikit. Secara berterusan.

Tidak mungkin seseorang itu mampu menulis sebuah buku 300 muka surat dalam masa sehari.

Melainkan dipecahkan menjadi kecil dan dilakukan secara berterusan.

Dan berterusan.

Maka hasilnya juga berterusan.

Seseorang itu hebat bukan kerana ia berjaya jadi jutawan dalam sekelip mata.

Jutawan sekelip mata wujud daripada pengalaman yang pahit lagi manis bertahun-tahun lamanya.

Proses yang berterusan hari ke hari.

Dari anak yang kecil sehinggalah ke hari tua.

Semuanya mampu dilakukan.

Ia tidak kira sama ada matlamat itu kecil ataupun besar.

Apabila tiada tindakan yang konsisten, nescaya ia tingal kenangan yang pahit.

Danial. Kembalilah ke pangkal jalan.

Ikuti ajaran Rasullah SAW.

Ikuti Allah.

Allah ada di sisi mu.

Ada di hati mu.

Dengarlah seruan-Nya.

Tugasan:

Cari satu aktiviti harian berguna yang kamu boleh lakukan dengan konsisten.

Sekadar: 30 minit sehari.

Lakukan sehingga jadi kebiasaan.

Selepas berjaya lakukan aktivitinya, ucapkan syabas dan tahniah kepada diri sendiri. Anda layak kaya dan berjaya. :)
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan