Sebelum saya mati, ada 3 perkara yang saya mahu capai dalam hidup ini:
- Mempunyai simpanan RM 1,312,000.00 yang berkat dalam akaun Tabung Haji sebelum umur 30 tahun.
- Hidup bahagia bersama Siti Zaliyah apabila sudah sampai jodoh.
- Jadi pakar dalam bidang bisnes serta pemasaran era baru pada tahun 2019.
Hasil akhir yang saya mahukan adalah hidup bebas lagi bahagia bersama-sama orang tersayang.
Itulah pilihan hidup saya.
Semakin sihat hidup ku yakni memiliki sikap-sikap yang terbaik.
Semakin bahagia dalam kehidupan.
Semakin bebas untuk membeli apa sahaja.
Dengan izin Allah, ia sudah berlaku.
Apa yang penting sekarang adalah usaha.
Kembali ke pangkal jalan, yakni apabila saya tersesat. Maka, rujuk balik cita-cita ku ini.
Tidak perlu risau apa yang akan berlaku pada masa akan datang, sekadar berusaha. Nescaya Allah memberi ganjaran kepada hamba-Nya yang rajin.
Insya-Allah.
"Impian tidak akan tercapai selagi kita tidak bertindak dari SEKARANG."