Setiap Insan Adalah Bernilai

Posted On //
Ertinya, kita dilahirkan di dunia ini mempunyai misi yang unggul.

Hanya diri sendiri sahaja yang dapat melakukannya. Lain daripada lain.

Kita adalah unik.

Langsung tidak sama walaupun sedikit. Namun, ia tidak bererti kita tidak bersatu. Kita tetap satu walaupun unik.

Oleh kerana manusia adalah istimewa.

.

Apa yang akan terjadi seandainya semua orang saling kasih dan menghargai antara satu sama lain.

Tiada permusuhan, perbahalan. Malah tiada kesengsaraan.

Yang ada hanyalah senyuman yang menawan lagi membuatkan hati tertawan.

.

Hadiah ialah masa kini, masa sekarang.

Oleh sebab itu ia dipanggil The Present.

Silam tinggal sejarah. Tiada apa yang kita dapat lakukan melainkan belajar daripadanya. Belajar untuk memaafkan kisah silam, melepaskan kenangan pahit.

Ukirlah kenangan manis di hati, agar tetap ceria walau dalam apapun keadaan.

Apabila kita menghargai yang baik, maka kita akan sentiasa 'nampak' yang baik sahaja walaupun sebenarnya di depan ada kejahatan yang melampau.

Kenapa? Oleh kerana manusia itu istimewa.

Dan oleh kerana dalam kerana kita adalah energi yang menarik energi yang sama.

Mana mungkin kita akan serasi dengan seseorang melainkan dia ada sedikit sebanyak persamaan dengan diri kita.

Betul betul?

Itulah bukti manusia adalah unik lagi istimewa.

.

Hiduplah wahai manusia.

Hidup di saat ini, masa kini.

Tiada apa yang lebih ajaib dari masa sekarang.

Sekarang adalah keajaiban.

Tiada tandingan yang dapat dibandingkan.

Apabila kita fokus masa kini.

Masa kelihatan terhenti.

Hati kembali tenang.

Hidup mula tenteram.

Dunia mula aman, makmur.
Hanya yang Kuat Mampu Melanggan