Antara 2 Dunia

Posted On //

Mati dan hidup.

Di pertengahan, di ketiadaan.

Bergerak pergerakan.

Tiadanya di sisi.

.

Di luar dan di dalam.

Kondisisinya tetap sama.

Melihat di atas paksinya.

Tiada perbezaan dapat dipertemukan.

Berputar terus berputar.

.

Hanya yang tinggal adalah memori.

Tinggal kenangan.

Tinggal amalan.

Tinggalnya legasi.

.

Apabila hidup ditakdirkan mati.

Mati ditakdirkan hidup.

Pusing memusing.

Kitaran tanpa henti.

Sehinggalah hari mati.

.

Luas seluasnya.

Alam ini tiada penghujung melainkan diri yang menhujungkan.

Keupayaan, ketindakkan, kekalan itu hanya hadir dari dalam.

Apabila ia selari, maka ia akan hadiri.

.

Apabila kosong, maka penghilatan menjadi jernih.

Tanpa ilusi.

Tanpa halangan.

Tanpa prasangka.

Hanya yang benar.

.

Apa yang benar itulah realiti.

Apa yang salah tetap salah.

Apa yang betul tetap betul.

Dunia terbentuk sebagaimana pemandangan melihatnya.

Ia jernih bila jernih.

Ia kotor bila kotor.

Hanya yang benar baginya itulah realiti.

.

Antara 2 dunia.

Pilihan di tangan.

Yang benar itulah benar.

Yang salah itulah salah.

Sebagaimana diri memilih.

Itulah yang akan dimilikinya.

Jadi, mengapa perlu berhenti.

Mengapa perlu berdiri.

Mengapa perlu terhenti.

Di pertengahan.

Kerna, diri hanya satu.

Diri ini bukan kekal abadi.

...2 dunia.
[Read more]

Hidup!

Posted On //
Terima Kasih

Selepas setahun berlalu.

Banyak perkara  pahit dan manis yang telah berlaku.

Setiap apa yang berlaku membawa diri ku ke tempat yang lebih baik dan lebih baik.

Terima kasih.

Saya menghargai segala-galanya.

.

Awal tahun 2016 adalah titik perubahan yang besar bagi ku kerana berjaya mengenali forex.

Setelah itu, terlalu banyak perkara yang ajaib berlaku.

Terima kasih atas segala-galanya.

.

Pelbagai rintangan dan selekoh yang tajam ku lalui untuk mencapai tempat yang lebih baik dan lebih baik.

Siapa sangka, kuasa minda mampu mengubah perjalanan hidup ku.

Walaupun bukan segera, mengambil masa berbulan barulah ia mengubah dan berubah perjalannya.

Tapi hasilnya tetap kelihatan di penghujungnya.

.

Yang pahit biarlah ia menjadi pahit. Tinggal memori yang lepas.

Tidak perlu mengingatinya malah hanya memaafinya.

Teruskanlah perjalanan ini.

Kerna, hanya yang terbaik sedang menunggu kita di puncak.

.

Bila kali terakhir kita benar-benar bersyukur?

Bila kali terakhir kita benar-benar memaafkan?

Bila kali terakhir kita benar-benar hidup?

Ini hidup kita sendiri.

Ini hidup yang satu.

Kenapa perlu mengikuti jalan orang lain secara paksaan.

Kenapa tidak mengikuti jalan sendiri yang unik lagi indah.

Oleh kerana, hidup hanya satu.

Pabila kita lahirnya di alam ini, maka telah tertulis mati itu pasti.

Masa kita terhad.

Tidak kekal.

Yang kekal hanyalah SATU.

Ia sama ada semakin bertambah atau berkurang.

Berkembang atau mengecil.

Yang mana satu kita pilih?

Yang mana satu kita mahukan?

Semuanya terletak di hati kita.

Hidup!
[Read more]

Setelah Sekian Lama

Posted On //
Menyepi, ketidakhadiran dalam jiwa.

Mula menyepi di dalam taufan pasir yang bertebangan.

Melangkah ke alam perbezaan.

Banyak perkara terjadi lagi terliti.

.

Melangkah terus melangkah tanpa ketahui bagaimana ia berkahir.

Terus bergerak tanpa kepastian.

Menuju dunia perbezaan, dunia ketidakpastian.

Inilah alam semesta.

.

Di manakah arahnya tanya si hati.

Di manakah perjalanannya?

Tanya si jiwa.

Adakah ia terhenti di sini sahaja?

Memikirkan seratanya.

"Andai kita mahu dapatkan apa yang kita hajati, beri dahulu."

.

Kebahagian adalah apa yang kita cari selama ini.

Apa erti kebahagian bagi diri ini.

Sedangkan terus mencari dan cari.

.

Kebahagian itu tercapai apabila diri dapat menikmati pengembaran sepuasnya.

Dengan melakukan aktiviti yang saya minati lagi ku cintai.

Tambahan lagi dibayar dengan nilai yang besar.

Apa lagi yang kita mahukan lagi?

Sekiranya, kesemua permintaan telah dikecapi.

Dunia ini tiada lagi perlu dikorbankan.

Hasraat ini tiada ku perlu pendamkan.

Hanya...hanya yang perkasa lagi bersungguh.

Akan tunduk padanya.

.

There's no secrets.

Tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Kerna, semuanya sudah disediakan.

Sedakar melihat dengan telilti lagi penuh memahami.

Maka, akan sedar apa yang kita terima selama ini.

.

Kebahagian itu datang dari dalam.

Dari dalam ia datang.

Dari dalam ia pergi.

Untuk menerimanya, hendaklah menyedarinya.

Apakah yang membuat diri ini benar-benar bahagia tak kira waktu.

Tak kira lelah.

Tak kira lemah.

Kerna, apabila manusia itu bahagia, dunia ini tertawan.

Kerna...kerna dengan kekuatan bahagia itu tiada tandingan.

.

Carilah, carilah yang pasti.

Yang pasti hanya SATU.

Semua insan tahu.

Iaitu yang Maha Esa.

.

Hati tidak terhenti.

Hati tidak menipu diri.

Dengarilah ia, hayatilah ia.

Kenalilah ia.

Kerna, hati adalah penguat diri.

.

Terima kasih. ^_^
[Read more]

Kenapa Saya

Posted On //
Kenapa Saya...

Kenapa Allah pilih saya wujud di dunia ini.

Kenapa tidak orang lain.

Kenapa tida beri kepada orang yang lebih layak.

Kenapa pilih saya.

Sedangkan, diri saya tidak bernilai di dunia ini.

Sedangkan, saya tidak memberi apa-apa kebaikan pun di dunia ini.

Kalaulah...kalaulah...saya boleh gantikan nyawa saya dengan orang lain yang lebih berguna, sudah lama saya lakukan.

.

Kenapa saya wujud di dunia ini?

Kenapa saya mesti wujud.

Apakah tujuan sebenar saya wujud di dunia ini.

Kenapa...kenapa...

Ya Allah...

Ku mohon pertunjuk mu ke atas segala-galanya.

[Read more]

Kenapa Perlu Bergerak?

Posted On //
Sedangkan di hadapan tiada jaminan untuk saya berada di tempat yang berbeza?

.

Hilang segala-galanya.

Dari dalam hingga ke luar.

Tiada apa yang tinggal.

Hanya hati yang mati.

.

Adakah ini yang terakhir.

Adakah ini kebenarannya.

Adakah ini pengakhirannya?

.

Tiada siapa boleh mengubah nasib kita melainkan kita sendiri memilih untuk bertindak mengubahnya.

.

Kenapa perlu bergerak.

Kenapa perlu berjalan.

Kenapa mengapa?

.

Terlalu banyak persoalan membuatkan kita menjadi bingun.

Soalan sekadar soalan memboleh hati kita terhenti.

Seketika ini, dunia terus bergerak.

.

Ibaratnya, masa sudah terhenti bagi hati yang mati.

.

Hanya satu jalan.

Hanya satu cara.

Hanya satu solusi.

Hanya satu-satunya ialah:

Memberi.

.

Inilah penamatnya.
[Read more]

6 Minggu, 6 Angka

Posted On //
It's have been a long time since I start writing.

Banyak perkara yang saya belajar tahun lepas dan awal tahun ini.

Pertama.

Forex.

Dalam forex kita cuma perlu kuasai:
- Support dan resistance.
- Candlestick chart.
- Trendlines.
- Price action.


Itu sahaja.

Apabila asas kita kukuh, besar sebesar mana pun masih lagi teguh.

Dan pengajaran paling penting yang saya pelajari, jangan sesekali cuba untuk lawan trend.

Kerana apabila kita lawan trend, trend akan menang.

Tambahan lagi, kesabaran itu adalah keperluan dalam dunia forex.

Forex bukan perkara yang mudah sepertimana kita sangkakan.

Ia ambil masa untuk berkembang.

Ia ambil masa untuk profit.

Ia ambil masa untuk entry.

Ia ambil masa untuk exit.

Semuanya berbalik kepada ketekunan dan kesabaran kita dalam dunia forex ini.

Kedua.

Tawaran Meleleh.

Orang putih kata: "One good sales letter can make you rich."

Saya tidak percaya dengan 1, hanya satu tawaran meleleh boleh mengubah hidup kita.

Tetapi, apabila saya sudah buat. Walaupun saya jarang update, jarang monitor.

Tetap memberi pulangan yang sangat ajaib.

Oleh kerna masa untuk membuat perkara tersebut tidaklah begitu lama. Tetapi, hasilnya boleh makan bertahun.

Ajaibnya copywriting.

Ketiga.

Kita Tidak Boleh Skip Proses.

Tetapi kita boleh percerpetkan proses.

Itu sahaja.

Kita tidak boleh dari baru lahir di dunia ini terus pandai berlali.

Ia ambil masa untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat.

Ia ambil masa untuk membesar.

Ia ambil masa untuk membina.

Walaupun dalam sehari segala-galanya boleh hilang.

Yang pasti, pengalaman dan ilmu yang diperoleh tidak ternilai. Kerana kita boleh buat semula, jika mahu.

Daripada Penulis

Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

Setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.

Tuhan suruh taqwa ada sebabnya.

Islam itu wujud ada sebabnya.

Bumi ini wujud juga ada sebabnya.

Apabila kita memahami ertinya.

Hidup itu indah berlaka.

Tiada ungkapan dapat diluahkan.

Kerana tiada kata dapat diperbandingkan.

Hanya yang alami tahu yang pasti.
[Read more]

Berapa Panjang Saya Boleh Tulis Tanpa Henti?

Posted On //

Izinkan saya tuli sepanjang yang mungkin untuk sekali jalan.

Konteksnya ialah tentang kehidupan.

Hidup adalah berlimpahan.

Maknanya, hidup kita ini sebenarnya sudah serba mencukupi.

Cuma sedar atau tidak sahaja yang menentukan sama ada kita sebenarnya sudah serba mencukupi atau tidak.

.

Manusia sememangnya diciptakan untuk melakukan kesilapan.

Oleh kerana, melalui kesilapan kita belajar bahawasanya perkara tersebut adalah silap untuk mencapai target yang ditetapkan.

Dalam dunia ini tidak ada yang positif atau negatif. Sekadar kita sendiri yang menilaikan perkara tersebut.

Sudah tentu. Yang positif memberi impak yang positif, serta negatif memberi negatif.

.

Adakalanya kita tertanya-tanya. Kenapalah kita hidup begini?

Sebab kita sendiri yang memilihnya.

Kita boleh pilih untuk jadi peramah, hebat, luar biasa, dikelilingi gadis-gadis comel dan banyak lagi.

Kita boleh pilih.

Yang menjadi masalahnya ialah kenapa kita tidak pilih ke arah tersebut?

Sebab kita tidak sanggup korban sesuatu.

Hukum Korban menyatakan untuk dapatkan sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.

Kalau mahu dikelilingi gadis-gadis comel, keluarlah. Cari mereka di mana dan beramah mesralah bersama mereka.

Korban yang ini untuk dapat yang itu.

Beri yang ini untuk dapat yang itu.

.

Satu perkara dalam satu masa.

Kita tidak boleh buat 2 perkara sekaligus melainkan dengan bantuan alat(leverage).

Cuma, apabila fokus satu perkara dalam satu masa. Kita jadi luar biasa, bak pancaran laser tepat kepada sasaran.

Lagi lama dipancarkan lagi dalam ia menebusi dinding.

Lagi berimpak tinggi ia menjadi.

.

Persoalannya bukan berapa lama kita hidup di dunia ini.

Namun, apakah yang kita lakukan di dunia ini.

Adakah perkara yang kita lakukan benar-benar bermakna? Benar-benar puas dengan situasi sekarang?

Kalau tidak, ubah tindakan kita.

Ubah fokus kita.

Untuk dapatkan sesuatu yang baru, perlukan melakukan perkara yang baru.

Barulah ia hidup kita berubah selama-lamanya.

.

Kalau tidak boleh ubah sikap, ubah persekitaran.

Ubah 'pencetus' yang menyebabkan kita melakukan sesuatu yang negatif.

Seandainya, ia tidak berkesan juga? Jawapan terakhir adalah berhijrah.

(314 patah perkataan.)
[Read more]